Data Perbelanjaan Pengguna & Inflasi Buatkan Pasaran Berbelah Bahagi, Ini Sebabnya!

799

Perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan jatuh pada bulan Disember, yang membawa indikasi bahawa perkembangan ekonomi berkembang dengan perlahan menjelang tahun baru. Hal ini adalah disebabkan ekonomi A.S berhadapan isu rantaian bekalan yang teruk dan jangkitan Covid-19 yang merunsingkan. Disisi lain kadar inflasi tahunan meningkat pada kadar tertinggi yang terakhir dilihat pada awal 1980-an.

Jabatan Perdagangan berkata pada hari Jumaat perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih daripada dua pertiga daripada aktiviti ekonomi A.S dilaporkan turun 0.6% pada bulan lepas selepas mencatat peningkatan 0.4% pada bulan November. Bacaan bulan Disember ini adalah selari dengan ramalan para pakar ekonomi yang turut menjangkakan penurunan 0.6%.

Data ini turut termaktub dalam laporan KDNK kasar negara bagi suku keempat yang dikeluarkan pada hari Khamis. Ekonomi berkembang pada kadar tahunan 6.9% pada suku lepas, meningkat daripada kadar 2.3% pada sukuan bagi bulan Julai-September.

Perbelanjaan pengguna menurun, berkemungkinan akibat rakyat Amerika memulakan pembelian untuk musim percutian pada bulan Oktober kerana bimbang kehabisan barangn. Jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat didorong oleh varian Omicron juga mengurangkan pengungjung ke restoran dan bar.

Kekurangan berikutan rantaian bekalan yang terlalu tegang menyebabkan inflasi meningkat pada bulan lepas. Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) meningkat 0.4% selepas meningkat 0.6% pada bulan November. Dalam tempoh 12 bulan hingga Disember, indeks harga PCE meningkat 5.8%. Bacaan ini merupakan bacaan tertinggi sejak 1982 dan diikuti peningkatan 5.7% tahun ke tahun pada bulan November.

Inflasi setakat ini masih berada di atas sasaran the Fed 2%. The Fed pada awal pagi Khamis telah menyatakan kesediaan untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat