Data Perbelanjaan Pengguna & Inflasi Buatkan Pasaran Berbelah Bahagi, Ini Sebabnya!

744

Perbelanjaan pengguna dilaporkan bertumbuh lebih pantas daripada yang dijangkakan pada bulan September. Laporan ini bertentangan dengan harapan penganalisis yang sasarkan penurunan.

Jualan runcit bulan September meningkat 0.7% berbanding anggaran Dow Jones yang sasarkan penurunan 0.2%. Tanpa mengira penjualan automotif, jualan runcit meningkat 0.8% lebih banyak dari ramalan 0.5%.

Berbanding pada tahun lalu, jualan runcit telah meningkat sebanyak 13.9%. Peningkatan pada bulan September itu berlaku ditengah kerajaan sedang merancang untuk mengurangkan rangsangan yang diberikan semasa pandemik Covid-19. Peningkatan ini juga membawa indikasi bahawa ekonomi kekal bertumbuh walaupun ditengah penularan varian delta.

Penurunan kes Covid-19 yang menurun mendorong perbelanjaan barangan sukan,muzik dan kedai buku mendahului dengan kenaikan 3.7%. Barang dagangan meningkat 2% sementara peruncit lain-lain meningkat 1.8%.

Perbelanjaan makanan dan minuman meningkat 0.7%, walaupun perbelanjaan melibatkan restoran dan bar hanya catat kenaikan hanya 0.3%. Ini menunjukkan bahawa rakyat masih khuatir akan penularan pandemik. Walaubagaimanapun terdapat keraguan bahawa pengukuhan jualan runcit akan berterusan.

Penganalisis ekonomi di Capital Economics, Andrew Hunter berpendapat bahawa perbelanjaan perkhidmatan berkemungkinan akan meningkat kerana pengurangan kes Covid. Namun kekurangan barang kemungkinan akan berlanjutan, seiring dengan kenaikan harga.

Dapat disimpulkan kenaikan perbelanjaan adalah seiring dengan kenaikan inflasi yang meningkat ke paras 30 tahun. Masih ada kekhuatiran bahawa masalah bekalan akan menghambat perkembangan musim berbelanja masa cuti.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.06% kepada paras dagangan 94.017 selepas laporan dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat