Data Perdagangan Global Pada Tahun Ini Lebih Buruk Berbanding Krisis Kewangan Global?

425

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah mengeluarkan ramalan mereka pada hari ini bahawa perdagangan barangan akan lebih merosot pada tahun ini berbanding dengan apa yang dihadapi semasa krisis kewangan global sedekad yang lalu sebelum dijangka kembali pulih kemabali pada tahun 2021.

WTO berpendapat bahawa perdagangan global akan jatuh pada tahun ini sebanyak 13% sehingga 32%. Jurang yang besar antara 13% sehingga 32% adalah kerana terdapat banyak kesan ekonomi akibat penularan Covid-19 yang masih tidak pasti. Walauapapun WTO berpendapat terdapat kemungkinan akan berlakunya pemulihan secepat mungkin. Maka langkah-langkah pencegahan yang diambil sekarang adalah sangat kritikal dan akan menentukan prospek pertumbuhan global pada masa akan datang.

Badan WTO yang berpangkalan di Geneva meramalkan bahawa pemulihan ekonomi akan mula terlihat pada tahun 2021 dan perdagangan barangan di peringkat global mula akan melonjak naik antara 21% sehingga 24% tergantung pada wabak Covid-19 dan keberkesanan dasar yang diamalkan.

Dalam masa yang sama WTO juga mengesahkan bahawa perdagangan barangan global telah mencatatkan kejatuhan sebanyak 0.1% pada tahun lalu akibat ketegangan perdagangan terutamanya antara China dan Amerika, dan kelembapan ekonomi.

Pada tahun ini, dijangka hampir semua negara akan mengalami penurunan sebanyak 2 angka dalam perdagangan.Sektor yang mempunyai rantaian nilai yang kompleks, seperti barangan elektronik dan automotif, juga akan mengalami kejatuhan yang besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat