Data Pertumbuhan Ekonomi Kanada Meleset Daripada Jangkaan

79

U.S dollar mengukuh berbanding matawang Kanada pada hari ini sejurus selepas laporan data pertumbuhan GDP Kanada pada Julai tidak berubah berbanding jangkaan kenaikan 0.1%. Hal ini telah menyebabkan permintaan wang Kanada berkurangan seterusnya membawa kepada penyusutan nilai CAD.

USD/CAD meningkat 0.35% iaitu pada kadar 1.2471, hampir mencapai paras tertinggi sepanjang tempoh 3 minggu lalu pada 1.2519.

Berdasarkan kenyaatan Jabatan Perdagangan U.S pada hari ini, perbelanjaan penggunan meningkat seperti yang dijangka pada bulan Ogos, manakala inflasi teras sedikit merosot.

Matawang dolar semakin mengukuh sejurus selepas Presiden Trump mengwar-warkan pelan reformasi cukai beliau pada Rabu bagi menggantikan kod cukai Amerika Syarikat. Pelan tersebut bertujuan untuk mengurangkan cukai terhadap perniagaan dan individu. Namun pengusulan tersebut dijangka sukar untuk melepasi Kongres dalam perdebatan dasar di masa akan datang.

Laporan rasmi yang dikeluarkan Kanada pada Jumaat menunjukkan pertumbuhan ekonomi berada dalam keadaan mendatar iaitu tidak berubah pada bulan Julai, tersasar daripada jangkaan pada kadar 0.1%.

Namun, laporan ekonomi lain yang dikeluarkan menunjukkan perkembangan positif apabila indeks harga bahan mentah mencatat peningkatan sebanyak 0.1%. pada bulan lepas walaupun tidak memenuhi jangkaan sebanyak 0.3%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat