Data Pertumbuhan GDP UK Positif, Gbp/Usd Gagal Menguat

33

Bacaan awal bagi pertumbuhan ekonomi suku ke-empat UK (Q4 GDP) merekodkan peningkatan sebanyak 0.6% lebih dari jangkaan 0.5% dengan pertumbuhan tahunan pada kadar 2.2% yang juga lebih dari jangkaan 2.1%. Bacaan kali ini adalah peningkatan positif 16 kali berturut-turut dalam kiraan suku-tahunan.

Sektor perkhidmatan paling banyak menyumbang kepada kenaikan kali ini dengan peningkatan 0.8% pada suku sama dan 3% pertumbuhan dari tahun ke tahun. Terdapat peningkatan yang tinggi dalam jualan borong dan runcit dengan sektor pelancongan juga menyumbang kenaikan yang signifikan.

Walaupun sektor pembuatan merekodkan bacaan positif dengan pertumbuhan 0.7%, tetapi pertumbuhan sektor ini secara keseluruhan adalah sedikit berikutan kelemahan dalam sektor minyak yang sedang dalam proses baik pulih.

Data yang dikeluarkan hari ini akan mengekalkan keyakinan dalam pertumbuhan jangka pendek, walaupun jangkaan pertumbuhan akan semakin perlahan tahun ini. Terdapat tanda peningkatan dalam ramalan pertumbuhan Bank of England dalam laporan inflasi yang akan dikeluarkan minggu depan.

Spekulasi kepada pengetatan polisi BoE akan semakin memuncak, jika ramalan inflasi dinaikkan dalam laporan itu nanti.

Pound menguat sejurus data ini dikeluarkan, tetapi gagal mengekalkan posisi di atas dan ketika ini Gbp dilihat melemah sejak data ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat