Data Pertumbuhan KDNK UK Tadi Menyebabkan GBP Menguat?

51

Pertumbuhan ekonomi meningkat lebih daripada jangkaan pada suku ketiga tahun ini walaupun lebih perlahan berbanding suku kedua.

Dalam laporan Jabatan Statistik UK melaporkan bahawa KDNK (GDP) berkembang pada kadar 0.50% dalam masa tiga bulan yang berakhir 30 September adalah lebih dari jangkaan 0.30%. Ekonomi UK mencatatkan pertumbuhan 0.70% pada suku kedua.

Berbanding dengan tahun lepas pertumbuhan ekonomi berkembang pada kadar 2.30% pada suku ketiga juga lebih dari jangkaan sebanyak 2.10%.

Selain itu, indeks perkhidmatan di UK juga naik 0.80% sejajar dengan ramalan iaitu 0.60%.

Data suku ketiga ini adalah data pertama yang mengukur perkembangan pertumbuhan KDNK Britain selepas undian Brexit pada 23 Jun lepas.

Jabatan statistik menegaskan memang ada kesan dari Brexit kepada ekonomi, tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan kejatuhan Pound berdasarkan data ini.

Sejurus sahaja data ini dikeluarkan sebentar tadi, GBP/USD telah menguat dan naik sebanyak 43 pips dari 1.2238 kepada 1.2271 pada lima minit pertama. Selepas itu, sehingga artikel ini ditulis GBP/USD sudah turun semula dari 1.2271 dan sekarang berada  pada harga 1.2218 turun sebanyak 53 pip.

Berdasarkan data yang dikeluarkan ada kemungkinan untuk GBP/USD naik tetapi harus diingat fear of Brexit masih mendominasi pasaran ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat