Data PMI Buatkan Pelabur Bimbang, Ekonomi UK Berada Dalam Bahaya!

2,858

Momentum dalam sektor swasta Britain didapati bertumbuh dengan lebih perlahan daripada jangkaan berdasarkan data tinjauan perniagaan pada hari Selasa yang menunjukkan peningkatan pesimisme . Ini menambahkan lagi kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi dengan tekanan inflasi yang semakin meningkat tinggi.

Indeks Pengurus Pembelian Komposit (PMI) awal melaporkan bahawa ukuran bulanan industri perkhidmatan dan pembuatan, merosot kepada bacaan 51.8 pada bulan Mei berbanding bacaan 57.6 pada April iaitu paras terendah sejak Februari tahun lepas.

Bacaan awal ini juga jauh tersasar daripada tinjauan para pakar ekonomi Reuters yang menjangkakan penurunan kepada 57.0, dan skala kejatuhan adalah lebih besar daripada mana-mana data pra-Covid-19.

Matawang sterling susut mendadak sebanyak 0.75% kepada paras dagangan 1.2494 berbanding US dolar selepas data tersebut dikeluarkan.

Menurut Samuel Tombs, ketua ekonomi UK di Pantheon Macroeconomics, ” Kejatuhan dalam PMI komposit pada bulan Mei adalah petanda paling jelas lagi bahawa permintaan semakin membimbangkan dan ia adalah tindak balas kepada tekanan yang kuat terhadap pendapatan boleh guna sebenar isi rumah”.

Tinjauan daripada Confederation of British Industry terhadap peruncit British pada bulan Mei mendapati angka jualan masih normal walaupun selepas kemerosotan besar pada April. Namun rospek untuk bulan Jun lebih lemah dan prospek jangka panjang perniagaan dilihat paling suram sejak November 2020.

Pasaran kewangan masih menjangkakan BoE akan menggandakan kadar faedah kepada sekurang-kurangnya 2% menjelang akhir tahun daripada 1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat