Data PMI Lemah, Ekonomi Zon Eropah Di Ambang Kemerosotan?

289

Laporan data PMI Zon Eropah dan Jerman dengan cepat memadam keyakinan pasaran yang disokong oleh data PMI Perancis yang lebih baik dan turut memberikan tekanan ke atas pergerakan matawang euro menjelang mesyuarat ECB malam ini.

Data PMI Pembuatan Zon Eropah kekal pada 45.7 bagi bulan Oktober, tidak berubah daripada bulan sebelumnya dengan kemerosotan dalam output bulan kesembilan berturut-turut manakala pekerjaan jatuh dengan ketara sejak 2013.

Sementara itu, data perkhidmatan Zon Eropah pula meningkat sedikit pada 51.8 berbanding bulan sebelumnya pada 51.6 namun tersasar sedikit daripada yang dijangkakan. Pertumbuhan pekerjaaan sektor perkhidmatan adalah yang paling rendah sejak Januari lalu.

Dengan menyokong lonjakan dalam pasaran euro pada awalnya, data PMI pembuatan Perancis menunjukkan peningkatan kepada 50.5 bagi bulan Oktober daripada 50.1 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, dan lebih baik daripada yang diunjurkan pada 50.0 oleh pasaran.

Selain itu, data PMI perkhidmatan Perancis juga mencatatkan peningkatan kepada 52.9 bagi bulan Oktober berbanding 51.1 pada bulan lalu dan melebihi jangkaan pasaran pada 51.6. Jumlah perniagaan baru turut mengalami peningkatan manakala pertumbuhan pekerjaan adalah lebih cepat daripada bulan September.

Bagaimanapun, keyakinan pasaran kembali melemah dengan data PMI Jerman pula mencatatkan pertumbuhan yang sebaliknya dengan sektor pembuatan meningkat sedikit kepada 41.9 daripada bacaan bulan sebelumnya pada 41.7 tetapi tersasar daripada unjuran pasaran.

Pembacaan ini menunjukkan penguncupan yang berturut-turut dalam aktiviti perkilangan dengan penurunan dalam output dan pesanan baru eksport. Harga input jatuh dengan ketara sejak Mac 2016 dengan sebahagian besarnya dipengaruhi oleh kos bahan mentah manakala harga output juga menyusut.

Kelemahan dalam data PMI terus bertambah dengan penurunan dalam perkhidmatan di Jerman pada 51.2 daripada 51.4 pada bulan sebelumnya dan dengan bacaan ini menunjukkan kepada perkembangan yang paling lemah dalam sektor perkhidmatan sejak September 2016.

Ekonomi zon Eropah menghampiri ambang kemerosotan dengan didorong data ekonomi yang lemah terutamanya di Jerman yang merupakan ekonomi terbesar Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat