Data PMI Zon Eropah Dorong Lonjakan Drastik Dolar Euro dan Pound Sterling

275

Pergerakan aktif matawang pada awal sesi dagangan Eropah hari ini terutama dolar Euro dan Pound Britain menunjukkan pengukuhan dengan lonjakan awal harga berbanding matawang utama yang lain.

Pengukuhan matawang Eropah disokong oleh bacaan data PMI perkilangan dan perkhidmatan pada ekonomi Perancis yang positif.

Data PMI perkhidmatan Perancis meningkat dengan catatan 53.3 mata untuk bulan Ogos berbanding 52.6 mata pada Julai, mengatasi jangkaan kenaikan 52.5 mata oleh pasaran. Bacaan terbaru ini juga menunjukkan kenaikan tertinggi dalam sektor tersebut dalam tempoh 9 bulan.

Manakala, data PMI perkilangan Perancis meningkat 51.0 mata pada bulan Ogos berbanding 49.7 mata pada bulan sebelumnya, mengatasi jangkaan penurunan kepada 49.5 mata oleh pasaran. Pengeluaran serta pesanan baru mencatat peningkatan tertinggi sejak September tahun lalu didorong oleh pemulihan pada eksport Perancis.

Sementara data PMI perkhidmatan Jerman pula masih mencatatkan pertumbuhan di paras terendah 7 bulan dengan bacaan mencatatkan 54.4 mata pada bulan Ogos sedikit rendah berbanding 54.5 mata pada bulan Julai.

Bacaan data PMI perkilangan Jerman untuk bulan Ogos pula meningkat kepada 43.6 mata dari paras terendah 7 tahun yang dicatatkan pada bulan lalu iaitu pada 43.2 mata. Walaupun meningkat, bacaan data masih menunjukkan penguncupan 8 bulan dalam sektor perkilangan ekoran penurunan pada pesanan baru terendah sejak April.

Dagangan Euro melonjak tinggi susulan data dikeluarkan selepas mengalami pergerakan yang lemah sepanjang minggu ini dalam pasaran.

Begitu juga Pound Sterling yang turut mengiringi pengukuhan Euro selepas perbincangan Brexit antara PM Johnson dan Angela Merkel tidak begitu meyakinkan pasaran.

Selanjutnya, bacaan data PMI perkilangan dan perkilangan untuk bulan Ogos bagi keseluruhan zon Eropah mencatatkan bacaan yang positif dengan angka yang meningkat mengatasi bacaan bulan sebelumnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat