Data Positif China Pacu Kenaikan Harga Minyak Mentah

149

Minyak mentah didagangkan stabil setelah mencatatkan penyusutan hampir 3% pada sesi sebelum ini berikutan penyambungan semula pengeluaran di Norway, Teluk Mexico dan Libya.

Ketika awal sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $41.88 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $39.56 setong.

Peningkatan ini disokong oleh data memberangsangkan dari China yang menunjukkan import minyak mentah meningkat 2.1% pada bulan September.

Pengimport minyak mentah terbesar dunia itu dilaporkan telah membeli 48.48 juta tan minyak pada bulan lalu, menurut kastam China. Untuk tiga suku pertama tahun 2020, negara itu telah mengimport 416 juta tan iaitu kira-kira 11.08 juta tong sehari.

Namun begitu, peningkatan harga komoditi hitam terus menerima tekanan oleh prospek peningkatan bekalan setelah pengeluaran minyak di Norway, Teluk Mexico dan Libya disambung semula.

Selain itu, harga turut ditekan oleh kebimbangan terhadap pemulihan permintaan bahan bakar berikutan peningkatan berterusan kes jangkitan Covid-19 di Eropah dan AS, dengan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) mengunjurkan permintaan tenaga dunia akan jatuh 5% pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat