Data Rasmi Inventori Minyak Mentah Positif!

59

Harga minyak mentah kembali memulih pada hari Khamis di Asia berikutan data inventori AS yang menyokong kekuatan komoditi ini. Brent mentah juga kembali didagang di atas paras $50.

Pun begitu, pasaran logam hitam dinilai semakin ragu-ragu dengan keupayaan OPEC untuk mencapai persetujuan dalam membendung lebihan pengeluaran pada akhir bulan depan.

Minyak mentah di New York Merchantile Exchange juga dikatakan meningkat 0.06% kepada $49.21 setong.

Maklumat Pentadbiran Tenaga Amerika Syarikat dalam laporan mingguannya mengatakan bahawa inventori minyak mentah jatuh 553,000 tong pada minggu lepas.

Menurut EIA, Bekalan di Cushing, iaitu pembekal utama untuk Nymex mentah menurun sebanyak 1.337 juta tong minggu lepas.

Dalam masa yang sama, EIA turut mengatakan bahawa inventori minyak mentah masih berada di paras yang tinggi untuk tahun ini.

Sebelum ini, 14 anggota pengeluar minyak utama telah bersetuju untuk mengehadkan output kepada 32.5 juta kepada 33.0 juta tong.

Walau bagaimanapun, OPEC berkata mereka tidak akan memuktamadkan butiran tersebut sehingga mesyuarat rasmi yang akan datang di Vienna pada 30 November.

 

Aktiviti Perdagangan New Zealand dicatat Suram!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat