Data Sektor Perindustrian UK Merosot 0.5% Pada Mac

45

Pengeluaran industri UK merosot 0.5% pada Mac jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran 0.4% di mana kenaikan pada suku pertama kekal di paras 0.1%.

Manakala, peningkatan tahunan semakin perlahan kepada 1.4% dari bacaan yang telah dikaji semula 2.5% dan jangkaan pasaran 2.4%.

Pengeluaran dalam komponen sektor pembuatan merosot 0.6% pada tempoh sama yang mengekalkan kenaikan suku pertama di paras 0.3%. Dari segi tahunan, bacaan merekod kenaikan 2.3% berbanding 3% sebelum ini dan juga jangkaan pasaran yang lebih tinggi.

Pengeluaran dalam sektor farmasi juga merekod kejatuhan mendadak, di mana pengeluaran pengangkutan dan barangan mesin meningkat secara signifikan.

Sektor perindustrian di UK kekal begitu kompetitif dalam pasaran global yang akan terus melonjakkan pengeluaran ke paras maksimum dalam jangka pendek, khususnya dengan permintaan kukuh global.

Jumlah pengeluaran yang tinggi dan kukuh adalah perlu bagi melonjakkan ekonomi secara keseluruhan dengan sektor pembuatan hanya mewakili 10% keluaran dalam negara kasar,KDNK (GDP) di UK.

Walaubagaimanapun, data yang merosot hari ini akan memberi keraguan terhadap sektor perindustrian UK yang akan menghadkan kenaikan data pada suku pertama dalam kajian semula yang dibuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat