Data Sektor Perkhidmatan Lemah – Matawang US Dolar Terus Menyusut!

247

Matawang US dolar jatuh ke paras terendah 4 minggu berbanding yen dan paras terendah 1 minggu berbanding matawang euro pada hari Khamis berikutan para pelabur mengkhuatirkan data sektor pembuatan dan perkhidmatan yang lemah akan membawa pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Menurut penganalisis, Ranko Berich, berdasarkan data yang dikeluarkan sejak akhir-akhir ini ekonomi Amerika Syarikat sedang bertumbuh semakin perlahan seiring dengan negara-negara G10.

Walaubagaimanapun, dijangka bahawa ekonomi A.S masih mengatasi negara-negara ekonomi utama dan dalam masa yang sama akan menekan the Fed untuk meperlahankan kitaran pemotongan kadar faedah.

Data minggu ini telah menunjukkan data sektor pembuatan AS telah mencatat bacaan terendah dalam tempoh melebihi 10 tahun. Selain itu, indeks pekerjaan bulan September juga mencatat bacaan terendah sejak Februari 2014.

Pada hari ini matawang US dolar telah jatuh 0.6% berbanding yen pada 106.52 iaitu paras terendah 4 minggu lalu susulan laporan ISM bukan pembuatan dikeluarkan.

Para pelabur kini memberi tumpuan pada data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat bagi mendapatkan lebih rincian tentang situasi ekonomi A.S.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 98.417 setakat jam 11.10 p.m

Disisi lain matawang sterling mengukuh sebanyak 0.9% berbanding US dolar kepada paras harga $1.24 selepas sekumpulan ahli parlimen Parti Konservatif mengatakan bahawa bahawa cadangan terbaru Brexit yang ditawarkan oleh kerajaan berkemungkinan dapat dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat