Data Tempahan ‘US Durable-Goods’ Meningkat

49

Sebentar tadi data ‘Core durable goods US’ yang dikeluarkan mencatatkan data yang positif. Durables goods ialah barang-barang yang bukan digunakan secara terus dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang contohnya mesin.

Data tempahan ‘US durable goods‘ naik 1.7% pada Februari yang merupakan catatan di atas jangkaan pasaran di sekitar 1.2%, tetapi data pada Januari telah dikaji semula kepada peningkatan 2.3%.

Manakala data yang lebih penting iaitu tempahan ‘core durable goods‘ naik 0.4% pada Februari yang mana data sebelum ini telah dikaji semula kepada kenaikan 0.2%. Manakala data ini pula di bawah jangkaan di mana pasaran meramalkan kenaikan 0.5%.

Tempahan durable goods digunakan untuk melihat kekuatan sektor pembuatan US yang mewakili 12% daripada keluaran dalam negara kasar, KDNK negara ini.

Dalam kenyataan polisi terbaru Federal Reserve Open Market Committee (FOMC) dilihat lebih meyakinkan di mana jangkaan kepada ekonomi dan pelaburan yang lebih baik berbanding tahun 2015 dan 2016.

Data terbaru juga menunjukkan peningkatan dalam pelaburan, tetapi masih tiada bukti ia meningkatkan keyakinan dalam sektor perniagaan yang melonjakkan perbelanjaan. Walaubagaimanapun, data kali ini tidak akan memberi kesan kepada polisi monetari.

Reaksi pasaran agak minimum selepas data ini dikeluarkan, dengan US dolar hanya menguat sedikit. Eur/Usd melemah 10 pip selepas sejam data dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat