Data Terbaru Tunjuk Tanda Peningkatan, Ekonomi China Mulai Pulih?

247

Ekonomi China menunjukkan tanda-tanda peningkatan selanjutnya pada bulan Jun dengan peningkatan yang kukuh dalam perbelanjaan perkhidmatan apabila sekatan Covid-19 dilonggarkan secara beransur-ansur.

Indeks PMI pembuatan dilaporkan meningkat kepada 50.2 daripada 49.6 pada Mei, menurut Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) pada Khamis. Ia adalah kali pertama sejak Februari bahawa indkes itu berada di atas 50, menunjukkan pengembangan dalam output berbanding Mei.

Data PMI bukan pembuatan, yang mengukur aktiviti dalam sektor pembianaan dan perkhidmataan pula meningkat kepada 54.7, iaitu tertinggi dalam tempoh lebih setahun.

Langkah kawalan kerajaan untuk membendung penularan coronavirus telah berkurangan secara beransur-ansur sejak bulan lalu.

Sekatan di hab kewangan Shanghai ditarik balik pada awal Jun dengan membenarkan lebih banyak kedai dibuka semula, penyambungan semula pengeluaran kilang dan pelabuhan kembali beroperasi.

Bagaimanapun, pemulihan tersebut masih rapuh memandangkan negara itu kekal berpegang pada strategi sifar Covid, yang bermakna sekatan boleh diperketatkan jika wabak tersebut menular semula dengan lebih luas.

Sementara itu, penganalisis masih mengekalkan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 pada 4.1%, jauh di bawah sasaran tahunan Beijing sekitar 5.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat