Data Tersirat Yang Menyebabkan Matawang GBP Jatuh Selepas Pukul 5.30 Petang Tadi

72

Data pekerjaan United Kingdom baru sahaja dikeluarkan pukul 5.30 petang tadi pada Rabu yang menunjukkan bacaan positif oleh data-data seperti kadar pengangguran, claimant count dan data kadar gaji.

Kadar pengangguran UK kekal di paras terbaik iaitu di paras terendah 42 tahun lalu pada September, di mana pertumbuhan gaji kurang daripada bacaan sebelum ini.

Kadar pengangguran dalam tempoh tiga bulan berakhir pada September tidak berubah dari paras 4.3%, sejajar dengan jangkaan ekonomi.

Jumlah orang yang mendapat pekerjaan jatuh pertama kali sejak hampir setahun yang lalu. Terdapat 32.06 juta orang yang bekerja dalam tempoh tiga bulan sehingga September, berkurangan sebanyak 14,000 daripada suku kedua.

Ia adalah kejatuhan pertama sejak tempoh (Ogos-Oktober) 2016 dan kejatuhan terbesar sejak April-Jun 2015.

Pejabat Statistik Kebangsaan berkata pendapatan gaji pekerja termasuk bonus meningkat 2.2% (bacaan tahunan, y/y) dalam tempoh tiga bulan sehingga September, berbanding 2.3% yang dicatat pada tempoh sehingga Ogos.

Pasaran menjangkakan pertumbuhan gaji sebanyak 2.1%.

Jika tidak mengambil kira bonus, kadar gaji meningkat 2.2% (bacaan tahunan, y/y) tidak berubah dari tempoh sebelum ini dan sejajar dengan jangkaan.

Bacaan ini juga masih berada di belakang kadar inflasi yang mana kadar inflasi berada di paras tertinggi 3.0%.

Bank of England (BoE) sedang memerhatikan pertumbuhan gaji sebagai indikator yang lebih tepat untuk melihat tekanan terhadap harga domestik. Bank pusat sendiri menjangka kadar gaji meningkat 2.0% tahun ini sebelum mula meneruskan kenaikan pada 2018 dan 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat