Data Tuntutan Pengangguran Luar Jangkaan – Pelabur Mula Gusar!

383

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan buat kali pertama untuk faedah pengangguran mencatat angka luar jangkaan apabila meningkat pada minggu lalu, walaupun terdapat petunjuk lain bahawa pasaran buruh semakin pulih sejak akhir-akhir ini. Pemulihan pasaran ini didorong oleh rangsangan fiskal tambahan dan kes Covid-19 yang semakin berkurangan dan akhirnya membolehkan lebih banyak perniagaan perkhidmatan dibuka semula.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 861,000 tuntutan. Bacaan ini telah terlebih daripada jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis pada 765,000 dan melonjak naik berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 848,000.

Tuntutan pengangguran masih kekal di atas puncak iaitu pada jumlah 665,000 yang dicatat semasa kemelesetan besar 2007-2009. Bagaimanapun, jumlah tuntutan yang dicatat masih di bawah bacaan yang dicatat bulan Mac lalu iaitu pada 6.867 juta.

Penganalisis berpendapat bahawa kenaikan tuntutan pengangguran adalah disebabkan penutupan sementara kilang kenderaan kerana kekurangan chip semikonduktur. General Motors mengumumkan akan menurunkan pengeluaran sepenuhnya di kilang Fairfax di Kansas City pada minggu yang bermula 8 Februari.

Kadar jangkitan wabak Covid-19 telah mencatat kejatuhan sejak pertengahan Januari. Data semalam menunjukkan jualan runcit meningkat paras paling tinggi dalam tempoh tujuh bulan.

Dalam masa yang sama kerajaan A.S telah meluluskan pakej rangsangan Covid-19 yang bernilai hampir $ 900 bilion pada akhir Disember, yang merangkumi cek $ 600 kepada kebanyakan orang Amerika berpendapatan rendah dan beberapa orang berpendapatan sederhana.

Pakej ini juga memberikan subsidi pengangguran mingguan yang dibiayai oleh kerajaan serta faedah untuk jutaan rakyat yang tidak memenuhi syarat program pengangguran negeri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat