Data Tuntutan Pengangguran Membimbangkan – Pelabur Mula Gusar!

495

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan buat kali pertama untuk faedah pengangguran mencatat angka luar jangkaan apabila meningkat pada minggu lalu, walaupun terdapat petunjuk lain bahawa pasaran buruh semakin pulih sejak akhir-akhir ini.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat peningkatan dalam jumlah bacaan iaitu sebanyak 770,000 tuntutan walaupun ditengah pemulihan dari pandemik Covid-19. Bacaan ini telah terlebih daripada jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis pada 700,000 dan melonjak naik berbanding minggu sebelumnya dari bacaan 725,000.

Laporan tersebut muncul di tengah harapan bahawa pasaran pekerjaan A.S. menunjukkan tanda-tanda pemulihan dari pandemik Covid-19 dan penutupan sebahagian besar ekonomi. Beberapa negeri di Amerika Syarikat telah mengambil langkah untuk mengurangkan sekatan ekonomi seperti negeri Texas, Florida dan Mississippi.

Jumlah tuntutan berterusan setakat ini adalah berjumlah 4.12 juta. Di samping itu, kadar vaksinasi A.S. telah adalah sekitar 2.4 juta sehari, memberikan harapan lebih lanjut bahawa kesan pandemik terhadap kesihatan nasional dan ekonomi semakin berkurangan.

Disisi lain, ekonomi telah menambah 545,000 pekerjaan setakat ini pada tahun 2021 dan kadar pengangguran telah menurun hingga 6.2%. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain kukuh sebanyak 0.44% kepada paras tukaran 91.860 setakat jam 9.25 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat