Data Tuntutan Pengangguran Membimbangkan – Pelabur Mula Gusar!

539

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan buat kali pertama untuk faedah pengangguran mencatat angka luar jangkaan apabila meningkat pada minggu lalu, walaupun terdapat petunjuk lain bahawa pasaran buruh semakin pulih sejak akhir-akhir ini.

Penganalisis berpendapat hal ini adalah berkemungkinan faktor cuaca ribut salji di bahagian selatan semasa pertengahan bulan Februari walaupun prospek pasaran buruh semakin pulih.Pemulihan pasaran ini didorong oleh kes Covid-19 yang semakin berkurangan dan akhirnya membolehkan lebih banyak perniagaan perkhidmatan dibuka semula.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 745,000 tuntutan. Bacaan ini telah terlebih daripada jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis pada 736,000 dan melonjak naik berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 848,000.

Cuaca ribut di Selatan menyebabkan sebahagian besar Texas tidak mempunyai elektrik dan air selama berhari-hari. Perkara ini menyebabkan pengeluaran minyak dan gas terpaksa ditutup.

Disisi lain, perbelanjaan pengguna meningkat dengan kukuh pada bulan Januari kerana kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital menurun dengan mendadak. Para ahli ekonomi percaya pasaran tenaga buruh akan meningkat dengan lebih cepat dengan pengedaran vaksinasi secara besar-besaran.

Pasaran kini beri tumpuan pada data NFP yang akan dikeluarkan pada esok hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat