Data Tuntutan Pengangguran Meningkat Buatkan Pasaran Mula Khuatir? Ini Sebabnya

335

Tuntutan baharu untuk faedah pengangguran AS secara tidak dijangka meningkat pada minggu lalu, namun begitu pasaran buruh kekal ketat di tengah-tengah kekurangan pekerja dan jumlah rakyat Amerika yang menganggur berada pada paras terendah sejak 1969 pada awal Mei.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri meningkat 21,000 kepada 218,000 bagi minggu berakhir 14 Mei, paras tertinggi sejak Januari, kata Jabatan Buruh pada hari Khamis. Bacaan ini juga mengatasi ramalan para ekonomi Reuters yang meramalkan 200,000 permohonan untuk minggu tersebut.

Walaupun jumlah tuntutan pengangguran berada pada paras terendah lebih 53 tahun sejak Mac, pasaran buruh semakin ketat dan menjana keuntungan gaji yang kukuh yang membantu menaikkan inflasi keseluruhan dalam ekonomi.

Tekanan harga yang tinggi ini telah memaksa Rizab Persekutuan terpaksa mengamalkan pendirian dasar monetari yang tinggi. Bank pusat A.S. telah menaikkan kadar faedah dasarnya sebanyak 75 mata asas sejak Mac. The Fed dijangka akan menaikkan kadar semalaman sebanyak setengah mata peratusan pada setiap mesyuarat seterusnya pada bulan Jun dan Julai.

Rekod terbaru menunjukkan terdapat 11.5 juta pekerjaan di tawarkan pada akhir Mac. Tuntutan turun daripada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 6.137 juta pada awal April 2020. Tuntutan pengangguran telah meningkat antara tempoh tinjauan April dan Mei. Jumlah pekerjaan pula ditambah ebanyak 428,000 pada bulan April, bulan ke-12 berturut-turut pertambahan pekerjaan melebihi 400,000.

Data pengangguran pertengahan Mei yang akan dikeluarkan minggu hadapan akan memberi lebih banyak penerangan tentang keadaan pertumbuhan pekerjaan bulan ini..

Segelintir penganalisis menafsirkan bahawa perkembangan ekonomi Amerika Syarikat semakin perlahan dengan tuntutan pengangguran meningkat dan soal selidik awal meramalkan aktiviti pembuatan akan berkurangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat