Data US Durable Goods Naik 0.7% Pada Mac

37

Tempahan ‘durable goods‘ teras (core-durable goods) pada Mac naik 0.7% berbanding jangkaan pasaran yang lebih tinggi iaitu kenaikan 1.3% pada tempoh tersebut. Kenaikan kali ini adalah rendah dari bacaan yang dicatatkan pada bulan sebelum itu dengan kenaikan 2.3% yang telah dikaji semula.

Manakala dalam data yang lebih penting iaitu tempahan core-durable goods yang tidak termasuk barangan seperti pengangkutan merosot 0.2% pada tempoh sama berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 0.4%. Kemerosotan ini begitu rendah berbanding data sebelum ini yang merekod kenaikan 0.7%.

Tempahan barang modal yang TIDAK termasuk pesawat naik sebanyak 0.2% dengan kenaikan tahuna kali ini berjumlah 2.1% yang sedikit di bawah jangkaan pasaran.

Penghantaran juga naik 0.2% pada Mac dan merupakan kenaikan ke empat dalam masa lima bulan terakhir setakat ini.

Tempahan yang belum dipenuhi atau belum dihantar kepada pembeli meningkat 0.2% berbanding kenaikan 0.1% yang direkod pada Februari.

The Fed sebelum ini dilihat sedikit lebih yakin dengan trend pelaburan dalam mesyuarat FOMC pada Mac walaupun masih tiada bukti tentang kenaikan perbelanjaan modal yang signifikan meskipun keyakinan dalam perniagaan semakin meningkat.

Data secara keseluruhan seakan memberi kesan yang minima kepada polisi monetari The Fed dalam jangka pendek.

Sejurus data ini dikeluarkan US dolar dilihat menguat tetapi belum cukup untuk memberi lonjakan yang lebih kukuh yang boleh dilihat pada pasangan matawang Usd/Jpy.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat