Data US Semalam Positif ke Negatif?

34

Data dari Amerika yang dikeluarkan semalam dilihat bercampur-campur. Data pertama ialah Philly Fed Manufacturing Index, Unemployment Claims (pengangguran) dan Existing Home Sales (Jualan rumah).

Philly Fed Manufacturing Index adalah indeks yang mengira keadaan tahap perniagaan kilang-kilang di Philadelphia sama ada baik atau buruk. Bacaan di atas 0.00 menunjukkan perkembangan perniagaan yang baik manakala bacaan di bawah 0.00 sebaliknya.

Penganalisis ekonomi menjangkakan bacaan 5.3 bulan ini kurang daripada data sebenar yang mencatatkan bacaan 9.7.

Selain itu, data dari Jabatan Buruh US juga mencatatkan angka yang lebih dari jangkaan iaitu 260,000 berbanding 251000 jangkaan penganalisis. Angka ini menunjukkan jumlah rakyat Amerika yang mendaftar untuk mendapatkan bantuan pengangguran. Peningkatan ini adalah tidak baik kerana menyumbang kepada kadar pengangguran. Data ini mencatatkan angka di bawah 300000 selama 85 minggu berturut-turut.

Data yang tidak kurang pentingnya juga ialah US home sales (Jualan rumah) yang meningkat selepas penurunan 2 bulan berturut-turut. Hal ini disumbangkan oleh peningkatan pembeli rumah pertama ke dalam pasaran hartanah Amerika.

Data-data ini menjelaskan pasaran pekerjaan Philly Fed dan hartanah bergerak ke arah yang positif. Hal ini adalah penting kerana pasaran pekerjaan yang baik dan hartanah sangat penting untuk menyokong pertumbuhan negara. Walaupun data jobless claims adalah tidak baik, tetapi masih mampu berada di bawah bacaan 300000 selama 85 minggu.

Dollar Amerika meningkat ke bacaan tertinggi sejak tujuh bulan berbanding matawang lain selepas Bank Pusat Eropah, Draghi mengekalkan polisi monetary.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat