Data Yang Bercampur-Campur Di UK Membenam Matawang Pound!

102

Pound terjun lebih rendah berbanding matawang Greenback pada Jumaat selepas pengumuman data pertumbuhan ekonomi UK yang agak mengecewakan. Walau bagaimanapun, laporan akaun semasa dikeluarkan lebih positif sementara menanti beberapa laporan ekonomi dari AS akan datang.

GBP/USD menyentuh tahap 1.2447 semasa awal dagangan Sesi Eropah, dengan junaman sebanyak 0.10 peratus.

Pejabat Statistik Kebangsaan UK mengumumkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat sebanyak 0.7 peratus, sejajar dengan jangkaan sebelumnya.

Dalam satu laporan berasingan, data akaun semasa UK menjunam kepada £ 12.1 bilion pada suku keempat 2016 berbanding £ 25.7 bilion pada suku ketiga.

Pound juga memeranjatkan pasaran apabila mampu bertahan pada minggu ini walaupun Theresa May secara rasmi telah memulakan rundingan Brexit pada hari Rabu yang lalu, sekali gus melancarkan rundingan penceraian selama dua tahun berkuatkuasa akhir Mac 2019.

Sementara itu, US Dollar menjadi sedikit goyah rentetan bebrapa data ekonomi AS yang akan dikeluarkan, walaupun beberapa data positif masih memberi sokongan kepada matawang berkenaan.

Dalam masa yang sama, pasaran juga agak gelisah menanti langkah yang akan diambil oleh Presiden Trump terhadap perintah eksekutif yang bertujuan untuk mengenalpasti penyalahgunaan yang menyebabkan defisit perdagangan yang besar dengan Amerika Syarikat.

Sterling didagang lebih rendah berbanding Euro dengan EUR/GBP meningkat sebanyak 0.25 peratus kepada 0.8583.

Rundingan Brexit Bukan Suatu Perkara Yang Mudah : Menteri Kewangan Jerman

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat