Data ZEW Sentimen Ekonomi Jerman Menekan Pair EUR/USD

419

Sekali lagi petunjuk ZEW sentimen ekonomi Jerman mengalami kejatuhan mendadak pada April 2018 dengan jatuh ke paras -8.2 mata berbanding bulan Mac yang meningkat 5.1 mata. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah sentimen jatuh sebanyak -0.8.

Ini adalah data yang penting bagi melihat keyakinan pasaran di Jerman. Tinjauan ini dibuat terhadap 300 pelabur institusi dan penganalisis tentang jangkaan terhadap ekonomi Jerman.

Presiden ZEW, Professor Achim Wambach berkata, “Sebab kejatuhan ini adalah kejatuhan terhadap jangkaan perdagangan dunia berikutan keadaan semasa konflik Amerika Syarikat dan keadaan semasa di Syria”. “Terdapat kejatuhan signifikan dalam pengeluaran, eksport dan jualan runcit di Jerman pada suku pertama 2018 yang juga memberi kesan kepada ekonomi di masa hadapan.”

Pair EUR/USD jatuh hampir 40 pip dari paras tertinggi hari ini.

Jadi kenapa pula Euro jatuh pukul 5 petang tadi?

Pertama, Jerman adalah negara ekonomi terbesar di Zon Eropah dan menyumbang banyak kepada keseluruhan ekonomi negara-negara yang menggunakan matawang Euro. Oleh itu, sebarang data dari Jerman adalah penting kepada matawang Euro.

Kedua, data ZEW ini merekodkan bacaan yang jauh meleset daripada jangkaan dan data sebelum ini. Jelas dilihat kejatuhan mendadak seperti yang dibincangkan di atas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat