Datuk Abdul Rahman Menyangkal Dakwaan Tun M Terhadap Pinjaman RM55 Billion Untuk Projek ECRL

95

Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata bahawa pinjaman mudah alih Malaysia yang dipinjam dari bank China akan terdedah kepada risiko pertukaran matawang asing disangkal oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.

Menurut beliau, pinjaman sebanyak RM55 Billion yang dipinjam dari Exim Bank China untuk membina Projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) itu adalah pada kadar tetap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bahawa pinjaman itu diberikan dalam campuran matawang Yuan dan Ringgit. Beliau juga berkata bahawa kedua-dua matawang itu telah ditetapkan untuk tempoh pembayaran balik.

Beliau mengeluarkan kenyataan ini apabila Tun Mahathir berkata bahawa kelemahan Ringgit akan menambah kos pinjaman dari bank China tersebut.

Projek ECRL tersebut diletakkan dibawah kelolaan Abdul Rahman kerana merupakan salah satu projek dibawah Unit Perancang Ekonomi kerajaan.

Ringgit ketika ini sedang berjuang berbanding matawang utama yang lain sejak kejatuhan harga minyak mentah dunia. Minggu lalu, Ringgit telah mencatatkan penurunan kepada nilai terendah dalam tempoh 12 tahun berikutan kebimbangan di atas kemenangan Trump dalam pilihanraya presiden AS.

BNM Nafikan Laporan Reuters Terhadap Surat-Surat Kepada Bank Asing Berkenaan Dengan Jualan Ringgit!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat