Datuk Seri Najib Razak Didakwa Dan Hadapi Empat Pertuduhan

1,501

4 Julai, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan di Mahkamah Seksyen dan telah didakwa sebanyak 3 pertuduhan pecah amanah dan satu penyalahagunaan kuasa sebagai Pedana Menteri dan Menteri Kewangan.

Bekas Perdana Menteri itu telah didakwa atas Seksyen 52 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Najib didakwa telah melakukan pecah amanah yang membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta dalam SRC International Sdn Bhd .

Sementara itu di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk pembayaran kepada dirinya sendiri sebanyak RM42 juta apabila beliau mengambil bahagian atau terlibat membuat keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International.

Peguam Negara, Tommy Thomas memohon supaya kesemua kes terhadap Najib dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk pengakuan diambil.

Prosiding di Mahkamah Sesyen selesai sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat