Debaran Keputusan Mesyuarat Polisi BOC, USD/CAD Bakal Menjunam?

267

Dagangan dolar Kanada memanfaatkan peluang untuk mengukuhkan nilainya menjelang mesyuarat dasar monetari bank pusat pada sesi New York malam nanti.

Bank of Canada (BOC) dijangka bakal mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% tidak berubah untuk mesyuarat polisi edisi Disember.

Gabenor BOC, Stephen Poloz pada kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa polisi monetari kini adalah bertepatan untuk situasi ekonomi semasa Kanada.

Namun begitu, pelabur turut berhati-hati menantikan keputusan mesyuarat OPEC untuk tindakan pengurangan pengeluaran bekalan minyak mentah yang bakal pengaruhi dagangan Loonie.

Sementara dolar Amerika Syarikat didagangkan lemah ekoran sentimen berisiko rundingan dagang AS-China, pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD menunjukkan penurunan harga.

Pengukuhan dolar CAD telah kembali menekan harga dari paras ketinggian 1.33200 pada zon resistance semalam sehingga turun melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat kecenderungan penurunan harga.

Pada sesi Eropah hari ini, harga dilihat membuat penurunan dan cuba melepasi paras terendah harian semalam menguji paras 1.32800.

Penurunan harga dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.32700 untuk menguji zon tumpuan tersebut sebelum turun ke paras lebih rendah.

Namun jika dolar Kanada kembali diniagakan lemah berbanding USD semula, harga bakal kembali menguji semula paras resistance pada ketinggian 1.33200 semalam.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju paras ketinggian pada 1.33400 yang merupakan paras resistance bagi dagangan Oktober lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat