Debaran Keputusan OPEC+, Harga Minyak Kembali Stabil

264

Harga minyak kembali mencatat peningkatan untuk bangkit dari paras terlemah empat minggu disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik menuju penghujung minggu.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat 1.27% kepada $75.18 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula positif pada $70.90 dengan kenaikan 1.1%.

Senat AS akhirnya meluluskan rang undang-undang untuk meningkatkan siling hutang sekali gus mengelakkan negara itu daripada mengalami ‘default’.

Selain itu, pengukuhan harga minyak turut disokong oleh data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga yang menunjukkan import minyak mentah telah melonjak minggu lalu.

Tumpuan pelabur kini tertumpu kepada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya yang dipanggil OPEC+ pada 4 Jun.

Pada ketika ini, pelabur berbelah bahagi pada jangkaan sama ada OPEC akan memutuskan untuk mengurangkan lagi pengeluarannya atau mengekalkannya tidak berubah.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat