Debaran Kian Terasa! Matawang Utama Terus Mengukuh Berbanding USD

746

US dolar jatuh terus melanjutkan penurunan sehingga ke sesi Eropah dengan jatuh tahap terendah dua minggu berbanding sekumpulan matawang utama ekoran lonjakan dalam pasaran saham telah mengurangkan permintaan terhadap greenback.

Indeks saham global melonjak ketika pasaran menjangkakan kemenangan Joe Biden dan penguasaan pentadbiran Donald Trump dalam Senat akan membawa keseimbangan antara Demokrat dan Republikan.

Dengan keputusan terkini yang memperlihatkan kecenderungan penguasaan Republikan dalam Senat, ia akan mengurangkan peluang untuk Joe Biden menggubal polisi fiskal termasuk meluluskan kenaikan cukai korporat dan pinjaman untuk perbelanjaan besar.

Walaupun keputusan pilihan raya ketika ini dilihat memberi kelebihan kepada Biden, namun ketidakpastian masih muncul berikutan Trump yang menolak dengan tegas pengiraan undi di beberapa negeri utama yang tidak berpihak kepadanya.

Safe-haven yen terus mengekalkan penguasaannya berbanding dagangan US dolar dengan didagangkan di paras ketinggian 8 bulan.

Sementara euro pula terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk kekal didagangkan di atas paras harga 1.1800 menyusuli kemerosotan US dolar.

Matawang pound pula mempamerkan sedikit penyusutan namun kekal diniagakan tinggi di atas paras harga 1.3100 pada awal sesi Eropah.

Matawang itu melonjak setelah Bank of England (BOE) mengekalkan kadar faedah dan meluaskan program pembelian bon selain turut disokong oleh US dolar yang lemah.

Selain tertumpu kepada perkembangan keputusan pilihan raya, tumpuan pasaran turut terarah kepada laporan pekerjaan NFP pada malam ini yang dijangka menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan daripada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat