Debaran Makin Terasa, BNM Buka Tirai Mesyuarat Jawatankuasa Hari Ini

258

‘Kalau tengok data harini macam dah boleh jangka je keputusan OPR esok.’

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Pusat Malaysia (BNM) membuka tirai hari ini dengan rizab antarabangsa Malaysia susut 2.4% pada $108.2 bilion setakat 30 Ogos.

Menerusi kenyataan dari BNM, di sebalik penyusutan itu kedudukan rizab negara dikatakan masih cukup untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Selain itu, rizab mata wang asing negara turut merosot 2.4% pada $96.1 bilion pada 30 Ogos daripada $98.5 bilion pada 15 Ogos sementara aset rizab lain turut menurun $2.8 bilion dari $3.1 bilion.

Akan tetapi komponen utama rizab antarabangsa lain seperti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa tidak berubah pada $1.3 bilion tatkala hak pengeluaran khas (SDR) pada $5.7 bilion dan emas pada $2.3 bilion.

Rincian lebih lanjut adalah seperti berikut:

  • Aset emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR pada RM476.5 bilion.
  • Kertas kerajaan Malaysia pada RM12.12 bilion.
  • Pinjaman dan pendahuluan pada RM23.64 bilion.
  • Tanah dan bangunan pada RM4.14 bilion.
  • Aset-aset lain pada RM43.18 bilion.
  • Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar pada RM100 juta.
  • Rizab pada RM161.65 bilion.
  • Mata wang dalam edaran pada RM157.23 bilion.
  • Deposit oleh institusi kewangan pada RM165.97 bilion.
  • Deposit kerajaan persekutuan pada RM12.96 bilion.
  • Deposit lain pada RM12.06 bilion.
  • Kertas Bank Negara pada RM8.26 bilion.
  • Peruntukan SDR pada RM28.25 bilion.
  • Liabiliti lain pada RM4.1 bilion.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat