Debaran Menjelang Mesyuarat OPEC, Harga Minyak Mentah Meningkat

366

Dagangan komoditi hitam mencatat peningkatan disokong oleh jangkaan pengeluar-pengeluar minyak terbesar dunia akan mencapai kesepakatan dalam pemotongan pengeluaran dalam mesyuarat melalui persidangan video pada hari ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.9% kepada $33.48 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 4% kepada $26.12 setong.

Harapan untuk mencapai kesepakatan dengan pemotongan pengeluaran semakin meningkat selepas Menteri Minyak Algeria memberitahu bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya OPEC+ akan berbincang mengenai pengurangan sehingga mencapai 10 juta tong sehari.

Sekiranya dipersetujui, ia akan menjadi pengurangan pengeluaran terbesar yang pernah diputuskan oleh OPEC sebelum ini.

Sementara itu, Rusia turut mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedia mengurangkan pengeluaran sekitar 1.6 juta tong sehari atau sebanyak 15% menjelang mesyuarat secara maya yang akan diadakan hari ini.

Menyusuli mesyuarat OPEC pada hari ini, menteri tenaga daripada kumpulan 20 ekonomi utama (G20) akan bertemu untuk berbincang mengenai cara untuk meredakan impak pandemik coronavirus terhadap pasaran tenaga global.

Dalam pada itu, data daripada Institut Petroleum Amerika (EIA) mendedahkan jumlah pengeluaran minyak mentah AS jatuh sebanyak 600,000 tong sehari, tetapi bekalan minyak mentah pula dicatatkan meningkat sebanuak 15.2 juta tong pada minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat