Debaran Pasaran Menantikan Data GDP Amerika Syarikat Hari Ini

666

Dolar Amerika Syarikat pada Jumaat diniagakan kukuh berbanding matawang utama yang lain dan mencapai paras tertinggi dua tahun dagangan disokong oleh data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat semalam yang meningkat.

Data yang dikeluarkan semalam menunjukkan pesanan baru meningkat paling tinggi dalam tempoh lapan bulan pada Mac. Diikuti juga data terbaru sebelum ini yang turut kukuh pada kadar jualan runcit dan eksport di mana akan mengurangkan sedikit kebimbangan yang melanda sebelum ini pada pertumbuhan ekonomi terbesar dunia tersebut.

Pasaran seterusnya sedang menantikan data pertumbuhan GDP di Amerika Syarikat untuk suku tahun pertama tahun ini untuk mendapatkan petunjuk sama ada ekonomi Amerika Syarikat masih kekal kukuh berbanding ekonomi maju yang lain.

Menurut para penganalisis ekonomi tinjaun Reuters, kadar GDP berkemungkinan meningkat 2% untuk kadar tahunan bagi suku tahun ini. Bacaan data sebelum ini turut dikemaskini daripada 2.6% turun kepada 2.2%.

Matawang Yen pula terus kekal mengukuh pada dagangan semalam selepas bank pusat Jepun telah mengumumkan kadar faedah masih lagi kekal di paras rendah iaitu pada -0.10% seperti sebelum ini. Para pelabur berkemungkinan keliru dengan pergerakan Yen yang mengukuh berikutan kenyataan dovish bank pusat sepatutnya melemahkan dagangan Yen.

Ini adalah disebabkan situasi pelabur yang mengambil dahulu keuntungan untuk posisi awal jualan Yen dan menyebabkan matawang tersebut kembali meningkat. Jangkaan adalah Yen akan kembali melemah dalam masa terdekat jika tiada sebarang sentimen pasaran yang mempengaruhi matawang safe-haven tersebut.

Polisi monetari oleh Bank of Japan (BOJ) juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara dan pelabur sememangnya sudah menjangkakan perkara tersebut.

Matawang komoditi dolar AUD juga bergerak perlahan pada awal sesi pasaran Asia hari ini dengan beberapa data ekonomi turut dikeluarkan. Kadar harga import untuk suku tahun pertama di Australia mencatatkan bacaan yang lemah menurun kepada -0.5% berbanding bacaan 0.5% sebelum ini jauh meleset daripada jangkaan penurunan hanya 0.4% oleh pasaran.

Indeks harga pengeluar yang dikeluarkan bersama turut mencatatkan sedikit penurunan seperti yang dijangkakan. Walaupun data-data ini berimpak rendah, namun turut memberikan tekanan terhadap dagangan smasa Aussie.

Matawang Euro dilihat berisiko dengan kebimbangan pelabur terhadap jangkaan positif pada data GDP Amerika Syarikat pada malam ini bakal memberikan kesan terhadap dagangan anti-USD itu. Faktor ini dilihat akan menambahkan lagi tekanan buat Euro selepas mencatatkan penurunan ke paras terendah 22 bulan berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat