Debaran Semakin Terasa, Bank Pusat Mana Bakal Muncul Juara?

116

Pergerakan ekuiti terus malap dibayangi kenaikan kadar faedah oleh 4 bank pusat berbeza pada Khamis ini.

Tumpuan utama tertumpu kepada Federal Reserve (Fed) yang menyaksikan 81% pemain pasaran mempertaruhkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas sementara 19% menjangkakan lonjakan 100 mata asas.

Rentetan itu, Wall Street kekal berada dalam zon merah dengan Dow Jones Industrial jatuh 1.01% pada 30,706.23, S&P 500 hilang 1.13% pada 3,855.93 dan Nasdaq Composite  turun 0.95% pada 11,425.05.

Pasaran juga menantikan pelaksanaan pengetatan dasar dari Britain, Switzerland dan Jepun yang pastinya memberi kesan kepada ekuiti pada rantau Eropah dan Asia.

Ekoran daripada itu, indeks STOXX 600 hilang 1.09% dan tolok meluas MSCI saham seluruh dunia susut 0.85%.

Situasi rantau Asia pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun susut 1%, Topix jatuh 0.94% dan S&P/ASX 200 Australia turun 0.32%.

Kospi Korea Selatan jatuh 0.35% dan indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun susut 0.17%.

Ulas penganalisis pasaran bahawa keadaan di mana ekuiti melemah akan kekal buat sementara waktu ini dan mungkin juga selepas mesyuarat penting nanti.

Dalam pada itu, penurunan ekuiti tersebut seiring dengan lonjakan nilai dolar Amerika Syarikat (AS).

Indeks dolar terus mengukuh 0.5% untuk 5 sesi berturut-turut pada 110.13 selepas mencapai paras tertinggi 110.79 pada bulan ini sementara Yen melemah 0.4%.

Mengikuti peningkatan dolar adalah hasil Perbendaharaan di mana nota 2 tahun capai 3.992% dan penanda aras Perbendaharaan 10 tahun lonjak 3.569% dengan jangkaan kenaikan kadar agresif Fed menjadi pendorong utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat