Debat Kecoh Sangat Sampai Butang ‘Mute’ Disediakan Untuk Trump & Biden

377

Pusingan akhir debat Presiden antara Donald Trump dan pesaingnya, Joe Biden bakal ‘menampilkan’ butang senyap (mute) bagi membolehkan kedua-dua calon tersebut berbahas tanpa sebarang gangguan.

Pihak penganjur iaitu The Presidential Commission on Debates terpaksa berbuat demikian selepas Trump dan Biden saling bertengkar ketika pusingan pertama debat baru-baru ini sehingga menyebabkan situasi tidak terkawal.

Mikrofon setiap calon akan ‘disenyapkan’ ketika salah seorang daripada mereka menyampaikan hujah pada permulaan segmen debat.

Pasukan kempen Trump bagaimanapun membidas langkah berkenaan namun Trump dikatakan akan mengambil bahagian dalam debat itu pada Khamis ini kerana ia adalah peluang terakhir buat beliau bercakap kepada orang ramai sebelum undian berakhir pada 3 November.

Sementara itu, pasukan kempen Biden tidak memberikan sebarang komen berhubung langkah berkenaan.

Ketika ini lebih 30 juta rakyat Amerika telah mengundi sekali gus membuatkan peluang Trump untuk memenangi kerusi Presiden dilihat sukar selepas undian pendapat di peringkat negeri dan nasional menunjukkan beliau berada di Biden.

Selain itu, pasukan kempen Trump juga dilihat tidak berpuas hati dengan pemilihan topik debat oleh moderator. Menurut pasukan tersebut, topik debat terbabit perlu lebih memfokuskan kepada dasar luar.

Bagaimanapun, pasukan kempen Biden mendakwa Trump ingin mengelak daripada membicarakan soal pandemik Covid-19, yang menjadi isu paling menerima banyak undian daripada orang ramai.

“Seperti biasa, Trump lebih memikirkan mengenai peraturan debat berbanding membantu negara yang sedang dalam krisis,” kata jurucakap kempen Biden iaitu TJ Ducklo.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat