Debut Cloudpoint Cemerlang, Lonjak 97% Dari Harga IPO

426

Cloudpoint Technology Berhad membuat penampilan pertama dengan bergaya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.

Ia dibuka pada 75 sen pada awal dagangan Isnin, 97% lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 38 sen.

Pun begitu, pengukuhan tersebut tidak bertahan lama selepas ia kembali mengurangkan keuntungan kepada 55 sen dengan volum dagangan berjumlah 312.48 juta setakat waktu penulisan.

Saham syarikat itu mempunyai volum pembukaan sebanyak 17 juta saham, menjadikannya saham paling aktif di bursa.

IPO Cloudpoint telah mencuri tumpuan ramai, menyaksikannya terlebih langgan 112.94 kali susulan 36,608 permohonan untuk 3.03 bilion saham baharu yang bernilai RM1.15 bilion.

Cloudpoint merupakan syarikat penyediaan penyelesaian teknologi maklumat (IT) yang terdiri daripada rangkaian perusahaan dan pusat data, dan penyelesaian keselamatan siber serta perkhidmatan profesional IT.

Selain itu, ia turut mempunyai kerjasama dengan syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Amazon, CISCO, Huawei, McAfee dan banyak lagi.

Keputusan kewangan Cloudpoint bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2023 memperlihatkan keuntungan bersihnya meningkat tiga kali ganda kepada RM3 juta berbanding RM933,000 setahun lalu.

Ekoran itu, hasilnya meningkat kepada RM19.40 juta berbanding RM10.25 juta tempoh sebelumnya, hasil daripada pendapatan berulang dan berasaskan projek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat