DeFi Berkembang Pesat Dengan Lonjakan 3 Kali Ganda

490

Token natif bagi kebanyakan projek DeFi menyaksikan perkembangan pesat dalam sektor kripto.

Misalnya, Aave dan Sushi menyaksikan lonjakan nilai token sehingga empat dan enam kali ganda sejak bermula 2021. Penggunaan kedua-dua produk DeFi juga dilihat menyaksikan peningkatan sejak dua bulan lalu.

Malah, jumlah nilai terkunci (TVL) kini berada pada paras $40 bilion. Sebelum ini, pada 22 Februari telah mencapai kemuncak pada $45 bilion, melonjak tiga kali ganda daripada nilai terdahulu pada awal tahun.

Ketika projek matawang kripto seperti Litecoin (LTC) dan Ripple (XRP) menfokuskan kepada sistem pembayaran, projek DeFi pula tertumpu kepada industri kewangan yang lebih meluas. Misalnya, AAVE dan Alpha Finance Labs (ALPHA) menawarkan pelbagai pilihan pinjaman, termasuk kebolehan pinjaman untuk saham.

Platform ini menawarkan penggunanya dengan pilihan untuk mempertaruhkan (stake) token. Cara ini dapat mengunci token untuk menyediakan kecairan untuk pertukaran desentralisasi (DEX), pinjaman dan aktiviti kewangan yang lain.

Sebagai pulangan, pengguna akan memperoleh minat yang diukur dengan metrik dikenali sebagai Annual Percentage Yield (APY). Berdasarkan data, pengguna mampu meraih sebanyak 73.25% APY dalam pool berpotensi seperti SUSHI/WETH.

Pengenalan DeFi juga bertujuan untuk mendominasi dan menyediakan akses terbuka kepada semua produk kewangan walaupun ada masanya berhadapan dengan serangan godam.

Baru-baru ini, pelabur dan juga jutawan, Tim Draper mendedahkan blockchain berpotensi sebagai masa depan kepada dunia yang lebih terbuka.

Jika lebih ramai yang mengikut keputusan Mark Cuban yang melabur di dalam AAVE baru-baru ini dan pelaburan Tesla bernilai $1.5 bilion, sektor matawang kripto dan DeFi berpotensi untuk berkembang lebih pesat pada masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat