Defisit Dagangan Kanada Berkurangan, Indeks Sektor Perkhidmatan U.S. Merosot

53

Defisit dagangan (trade deficit) jatuh ke paras terendah lima bulan lalu kepada C$1.17 billion dari C$3.36 billion pada September seperti yang dilaporkan pada Selasa. Jangkaan untuk data kali ini adalah defisit sebanyak C$2.70 billion.

Eksport meningkat 2.7% secara bulanan yang tertinggi sejak Mei disokong oleh eksport produk tenaga ke Amerika Syarikat dengan sembilan dari sebelas kategori eksport merekodkan kenaikan.

Data kali ini dilihat tidak akan mempengaruhi Bank of Canada yang akan menetapkan polisi pada Rabu pukul 11 malam. Penganalisis menjangka bank pusat akan mengekalkan kadar faedah di paras 1.00%

Data PMI Sektor Perkhidmatan U.S.

Aktiviti sektor perkhidmatan U.S. jatuh lebih daripada jangkaan pada November yang mengurangkan sedikit keyakinan kepada ekonomi Amerika Syarikat.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh ISM (Institute of Supply Management) indeks perkhidmatan U.S. jatuh kepada 57.4 berbanding 60.1 yang dicatat pada Oktober. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah 59.0.

Indeks aktiviti perniagaan merosot kepada 61.4 bulan lalu berbanding 62.2 di mana data kali ini juga di bawah jangkaan 61.5.

Indeks pekerjaan pula jatuh kepada 55.3 bulan lalu daripada 57.5 sebelum ini, manakala indeks harga merosot kepada 60.7 daripada 62.7 sebelum ini.

Kadar pertumbuhan semakin berkurangan dalam sektor perkhidmatan selepas mencatat bacaan kukuh selama dua bulan berturut-turut. Namun, respondan menyatakan ekonomi dan sektor ini akan terus berkembang dalam baki tempoh tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat