Dego Ride Teksi Motosikal Kembali Beroperasi Di Lembah Klang

780
Selepas setahun dihalang beroperasi, teksi motosikal Dego Ride mengumumkan bahawa mereka telah kembali beroperasi sejak dua minggu yang lalu.

 

Namun, tidak sampai sebulan beroperasi pihak kerajaan melalui Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengeluarkan amaran terbaru kepada Dego Ride jika meneruskan operasi secara haram.

 

Loke berkata kementerian mengekalkan pendirian untuk tidak membenarkan pengangkutan e-hailing yang melibatkan motosikal disebabkan faktor keselamatan.

 

Pengasas Dego Ride saudara Nabil Feisal berkata mereka telah menjalankan semula perkhidmatan ini sejak dua minggu lalu di sekitar Lembah Klang dengan caj perkhidmatan yang rendah iaitu RM3 untuk setiap perjalanan 3km.

 

Ia adalah inisiatif untuk mengatasi masalah lalu lintas terutamanya di kawasan padat seperti Lembah Klang. Walaubagaimanapun, Dego Ride dijangka berkubur berikutan halangan dari pihak kerajaan.

 

Menteri, Anthony Loke berkata terdapat begitu banyak kemalangan di Malaysia yang melibatkan motosikal dan kerajaan tidak mahu mengambil risiko.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat