Dengan Ketidaktentuan Brexit, Boleh Ke GBP/USD Pecut Tinggi Lagi?

516

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu telah mempamerkan pergerakan drastik dengan turun naik nilai yang agak besar dalam julat sekitar 300 pips.

Setelah menjunam pada hari undian pilihan raya, harga mula pamerkan kenaikan semula sebelum mendatar pada Jumaat dan menutup dagangan minggu lalu pada zon resistance di atas paras 1.31500.

Harga yang memulakan dagangan di sekitar paras tersebut pada awal minggu ini menunjukkan kenaikan pada kadar yang perlahan menuju paras ketinggian 1.32000 namun kekal mendatar pada zon tersebut sehingga bersambung ke sesi Eropah.

Kenaikan harga adalah disebabkan oleh penyusutan US dolar setelah pasaran saham melonjak selepas kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya Presiden.

Sementara Pound Sterling masih didagangkan berisiko dengan perkembangan perlahan rundingan Brexit antara United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU).

Namun dengan jangkaan penyusutan berterusan US dolar pada minggu ini bakal menyokong kenaikan harga lebih tinggi pada carta GBP/USD meskipun Pound masih dilihat berisiko.

Kenaikan harga seterusnya bakal menuju ke zon resistance pada ketinggian 1.33000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 10 minggu.

Namun, jika penurunan harga berlaku, paras sokongan terhampir harga dilihat pada zon sekitar 1.30600 dan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan diuji bagi isyarat trend harga.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula paras penting 1.30000 sebelum zon support 1.29000 menjadi tumpuan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat