Dengan Sekelip Mata Sentimen Pasaran Yang Stabil Bertukar Sebaliknya Akibat Ketegangan Pakistan-India

950

Matawang Yen dan Swissy memperkukuhkan dagangan mereka pada permulaan sesi Eropah hari ini selepas Pakistan dilaporkan menembak jatuh dua buah jet dari India sekaligus menghantar para pelabur untuk keluar pelaburan daripada aset berisiko kepada tempat yang lebih selamat (safe-haven). Ketegangan dua negara ini dikatakan timbul ekoran isu Line of Control (LoC) iaitu garisan sempadan yang memisahkan dua negara tersebut.

Di perkembangan lain pula, para pelabur menyaksikan Pound Sterling mengukuhkan lonjakannya pada minggu ini apabila para pelabur menaruh harapan yang tinggi bahawa ‘no-deal’ Brexit dapat dielakkan dan Perdana Menteri Theresa May mungkin akan menangguhkan pengunduran Britain daripada Eropah.

Sementara itu di Eropah pula, Euro terus dilihat akan berisiko selepas data keyakinan ekonomi sebentar tadi menurun sedikit kepada 106.1 daripada 106.3 pada bulan Januari lepas. Secara keseluruhannya, tahap keyakinan di zon Eropah masih lagi kekal pada paras yang lemah sejak kebelakangan ini memandangkan perkembangan ekonomi masih lagi perlahan.

Berbalik kepada sesi Asia hari ini, AUD dan NZD masing-masing didagangkan rendah pada hari ini ekoran ketidaktentuan pasaran global. Bukan itu sahaja, kelemahan AUD juga dipacu oleh kejatuhan indeks dalam aktiviti pembinaan dimana data ini akan mempengaruhi sektor KDNK Australia yang bakal dikeluarkan dalam kalendar ekonomi pada minggu hadapan. Sementara itu, data imbangan New Zealand yang merosot dengan ketara juga memberikan tekanan kepada NZD hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat