Dengarkan Rintihan Rakyat Di Argentina Dengan Kadar Inflasi 100%!

1,926

‘Perit realiti yang rakyat terpaksa tanggung akibat daripada inflasi, pengetatan dasar dan risiko kemelesetan ini.’

Kadar inflasi Argentina setakat ini memuncak pada 78.5% dan dijangka melonjak ke 100% menjelang akhir tahun.

Menurut data yang dikeluarkan penganalisis mengenai situasi di negara Amerika Selatan tersebut, 36% rakyat Argentina hidup dalam kemiskinan dan 8.8% tergolong dalam kategori miskin tegar setakat suku pertama 2022.

Malah penganalisis turut meramalkan kadar inflasi Argentina bagi bulan September akan naik 6.7%, dan perkara ini akan memberi tekanan kepada bank pusat dalam melaksanakan pengetatan dasar.

Rentetan daripada itu, rakyat Argentina dikatakan terpaksa memilih untuk menyelongkar tempat pelupusan sampah ataupun kedai pajakan hanya untuk mencari makanan.

Seorang bapa yang menetap di ibu bandar Buenos Aires, Sergio Omar, menceritakan bahawa beliau terpaksa menyelongkar timbunan sampah selama 12 jam sehari untuk mencari barangan yang boleh dikitar semula bagi memperolehi wang.

Ulas Omar lagi bahawa peningkatan harga makanan memberi tekanan kepada keluarganya yang mempunyai 5 orang anak dan beliau menjelaskan orang ramai turut melakukan perkara sama dengan menyelongar timbunan sampah.

Mencerap situasi menyedihkan di Argentina, kadar kemiskinan tinggi seperti ini kali terakhir berlaku sekitar 1990-an semasa tempoh hiperinflasi.

Berlatarbelakangkan lonjakan kos makanan yang tinggi serta masalah pencetakan wang dan kitaran kenaikan kadar, maka penganalisis meramalkan keadaan di Argentina akan bertambah buruk pada tahun 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat