Desakan Dari A.S, EU Akhirnya Akur Dalam Pengendalian Pelan Cukai!

379

Setelah mendapat asakan dari pentadbiran Amerika Syarikat (A.S), Kesatuan Eropah (EU) terpaksa akur dengan bersetuju untuk menangguhkan rancangan cukai korporat untuk blok tersebut dalam usaha untuk memperluas perjanjian cukai global yang lebih meluas. Walaupun begitu, Ireland terus mengkiritik tindakan tersebut.

20 ekonomi terbesar di dunia mengesahkan pada hari Sabtu rancangan untuk merombak cukai korporat global yang akan memperkenalkan kadar cukai minimum dan mengubah cara syarikat besar seperti Amazon (NASDAQ: AMZN) dan Google (NASDAQ: GOOGL) dikenakan cukai. Jika sebelum ini, dikenakan cukai berdasarkan lokasi ibu pejabat, terbaru cukai akan dikenakan beredasarkan di mana mereka menjual produk dan perkhidmatan mereka.

Pembaharuan ini perlu melalui beberapa proses dan dijangka selesai pada bulan Oktober yanga akan memerlukan persetujuan parlimen di lebih dari 130 negara. Disisi lain, sebagai usaha untuk menghapuskan halangan terhadap perjanjian global, EU terpaksa tunduk atas desakan A.S dengan mengatakan pada hari Isnin bahawa ia akan menangguhkan rancangannya sendiri untuk pungutan berasingan terhadap penjualan dalam talian, yang dikhuatiri oleh pentadbiran A.S dapat menyebabkan muncul lebih banyak kritikan terhadap baik pulih cukai global di Kongres AS.

Pengumuman itu bertepatan dengan lawatan Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen ke Brussels dan mengikuti tekanan berulang dari sidang kemuncak G20 pada hujung minggu dan sebelumnya.

Walaupun begitu, masih terdapat kritikan dalam kalangan EU sendiri terutama dari Ireland, Hungary dan Estonia. Ireland telah mengatakan bahawa ia tidak dapat menyokong kadar minimum 15% untuk kadar cukai global.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat