Desakan Demi Desakan Namun Adakah Trump Sudah Mengaku Kalah?

276

Kongres Amerika Syarikat pada hari ini mengesahkan pemilihan Joe Biden sebagai presiden, sehari selepas kumpulan penceroboh pro-Trump menyerang Capitol Hill untuk membantah keputusan pilihan raya.

Para petunjuk perasaan sebelum itu dilaporkan bertempur dengan polis ketika cuba menyerbu untuk memasuki bangunan Capitol sambil melaungkan slogan dan mengibarkan bendera pro-Trump serta Amerika Syarikat (AS), menuntut agar keputusan pilihan raya dibatalkan.

Keadaan bertambah buruk selepas terdapat laporan bahawa seorang wanita ditembak mati ketika rusuhan berkenaan. Keadaan mula semakin terkawal selepas Kongres mengesahkan pemilihan Joe Biden sebagai presiden.

Presiden Donald Trump pada awalnya enggan mengaku kalah namun setelah pelbagai desakan beliau akhirnya menjanjikan akan menyerahkan kuasa dengan cara yang betul. Trump menyatakan bahawa walaupun beliau tidak setuju dengan keputusan pilihan raya namun menjelang peralihan pada 20 Januari beliau tidak akan putus asa.

“Kami akan meneruskan perjuangan bagi memastikan bahawa hanya undi yang sah dikira”.

Presiden Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Hariss telah memperoleh 306 undi electoral, iaitu 36 undi lebih banyak daripada yang diperlukan untuk memperoleh kemenangan di White House. Undian ini jauh mengatasi Trump yang hanya memperoleh 232 undi.

Akhir sekali beliau juga merakamkan rasa penyesalan terhadap tindakan rusuhan tersebut dan beliau menyeru agar rusuhan ditamatkan dan para penyokong pulang ke rumah masing-masing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat