Detik Bersejarah 20 Julai, Jeff Bezos Sedia Bawa Manusia Ke Angkasa

631

Pengasas Amazon, Jeff Bezos dilaporkan sudah bersedia untuk membawa manusia ke angkasa lepas.

Menurut kenyataan oleh syarikat milik Bezos iaitu Blue Origin, sebuah roket dikenali sebagai New Shepard dan sistem kapsulnya akan membawa penumpang pada 20 Julai kelak.

Kesemua penumpang berkemungkinan adalah kakitangan syarikat itu sendiri tetapi satu tempat duduk telah dilelong secara dalam talian.

Roket New Shepard direka untuk membawa penumpang terbang dalam jarak melebihi 100 kilometer di atas paras laut yang juga dikenali sebagai Garisan Karman.

Garisan Karman ditetapkan oleh perjanjian antarabangsa sebagai titik permulaan ruang angkasa.

“Hanya 569 orang sahaja yang pernah melepasi Garisan Karman. Dengan roket New Shepard, kami bakal mengubahnya secara dramatik,” kata pengarah penjualan astronaut Blue Origin, Ariane Cornell.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sama ada Bezos akan turut berada dalam penerbangan pada 20 Julai kelak atau tidak.

Tambah Blue Origin, syarikat itu berharap New Shepard akan memberikan pengalaman berharga kepada penumpang.

Syarikat itu setakat ini belum lagi membincangkan mengenai harga penerbangan pada masa hadapan namun memaklumkan pendapatan yang diperolehnya akan disalurkan kepada yayasannya yang mempromosikan pendidikan sains serta teknologi.

Bagaimanapun, syarikat itu menjangkakan akan memperoleh AS$200,000 bagi setiap tempat duduk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat