Deutsche Bank Dah Serik Dengan Trump?

517

Menurut sebuah laporan, Deutsche Bank telah memutuskan hubungannya dengan Presiden AS, Donald Trump. Untuk pengetahuan semua, institusi berkenaan adalah pemberi pinjaman utama Trump selama 2 dekad, dan beliau merekodkan hutang dengan institusi itu lebih dari $ 300 juta!

Oleh yang demikian, mereka memutuskan untuk tidak menjalankan sebarang urusniaga dengan Trump atau syarikatnya pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, Deutsche Bank tidak mahu mengemukakan sebarang respon berhubung isu berkenaan.

Langkah itu didorong oleh serangan ganas minggu lalu ke atas Capitol AS oleh penyokong Trump atas hasutan presiden. Justeru itu bank berkenaan mengikut jejak langkah yang diambil oleh syarikat lain untuk memutuskan hubungan dengan Trump dan perniagaannya.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh Christiana Riley, ketua bahagian AS Deutsche Bank, menyebut pengepungan ganas di Ibu Kota berkenaan adalah hari yang gelap bagi Amerika dan demokrasi negara itu.

Sementara itu, hubungan yang terjalin antara Trump dengan Deutsche Bank telah mencetuskan banyak siasatan di Amerika Syarikat, termasuk di New York, di mana Peguam Daerah Manhattan sedang menyiasat sama ada Trump melakukan jenayah kewangan ketika beliau memohon pinjaman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat