Dewan Perwakilan AS Luluskan Perjanjian Perdagangan Bebas USMCA

432

Dewan Perwakilan AS akhirnya telah meluluskan perjanjian perdagangan bebas antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada (USMCA), setelah lebih satu tahun ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga negara.

Perjanjian baru yang menggantikan perjanjian perdagangan bebas Amerika Utara (NAFTA), telah mendapat pujian ahli dewan kerana ia dilihat dapat memberi manfaat kepada buruh dan mengatakan ia perlu dijadikan sebagai contoh untuk perjanjian dagang yang lain.

NAFTA sebelum ini dikritik dan dikatakan sebagai pembunuh kepada pekerjaan untuk Amerika Syarikat kerana ia menggalakkan kilang-kilang berpindah ke selatan sempadan yang telah memanfaatkan pekerja berpendapatan rendah di Mexico.

Perjanjian yang diluluskan itu seterusnya akan diserahkan kepada Senat AS untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan, yang dijangka akan diadakan selepas perbicaraan pemecatan Presiden Donald Trump pada Januari ini.

Senator AS, Bernie Sanders memberitahu bahawa beliau tidak akan mengundi perjanjian tersebut apabila ia dibawa ke Senat keranan ia dilihat tidak cukup untuk melindungi perkerjaan di Amerika.

Di sisi lain, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pula meminta Amerika Syarikat supaya menahan perjanjian perdagangannya dengan China jika dua rakyat Kanada yang ditahan oleh China tidak dibebaskan.

Beijing sebelum ini, telah menahan bekas diplomat Michael Kovrig dan ahli perniagaan Michael Spavor dalam percubaannya untuk menekan Kanada supaya membebaskan Meng Wanzhou, eksekutif syarikat teknologi telekomunikasi gergasi Huawei dengan arahan pihak berkuasa AS, yang ditahan atas tuduhan penipuan.

Trudeau memberitahu Kanada telah mekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam usaha meyakinkan China untuk membebaskan dua tahanan itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat