Dewan Rakyat A.S Usulkan Tindakan Ketenteraan Trump Agar Dibataskan!

722

Pada hari ini Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan bahawa Dewan Rakyat A.S akan memperkenalkan dan mengundi resolusi kuasa perang pada minggu ini bagi membatasi tindakan ketenteraan Presiden Donald Trump terhadap Iran.

Menurut Pelosi, resolusi ini adalah seperti yang pernah diperkenalkan di Senat oleh ahli demokratik Sen. Tim Kaine of Virginia. Hal ini adalah untuk menegaskan semula tanggungjawab Kongres yang telah lama ditetapkan dengan memberi mandat bahawa jika tidak ada tindakan yang diambil oleh maka pentadbiran ketenteraan yang berkaitan dengan Iran akan dihentikan dalam masa 30 hari.

Kaine memperkenalkan resolusi ini pada hari Jumaat lepas dengan mengharapkan ia didebatkan dalam dewan agar permusuhan dengan Iran dapat dielakkan. Sejak akhir-akhir ini ahli-ahli demokrat telah membuat usulan bantahan dan kritikan bahawa Trump tidak mewar-warkan para penggubal undang-undang sebelum melakukan serangan melalui drone sehingga menyebabkan komander atasan Iran, Qasem Soleimani terkorban.

Terkorbannya Qasem Soleimani telah menyebabkan ketegangan antara A.S dan Iran semakin buruk sehingga mampu mengakibatkan peperangan. Pada hari Ahad, parlimen Iraq telah meluluskan resolusi pengusiran tentera A.S dari negara Iraq. Walaubagaimanapun Trump telah mengancam untuk mengenakan sekatan sebagai tindak balas.

Dalam suratnya, Pelosi mengatakan bahawa serangan udara tersebut telah membahayakan para diplomat dan lain-lain pihak. Sebagai anggota Kongres, tanggungjawab pertama kami adalah untuk menjaga rakyat Amerika agar aman damai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat