Di Amerika, Orang ‘Government’ Haram Main TikTok!

157

‘Guna jelah Twitter, kan tu Elon Musk yang punya.’

Kerajaan pimpinan Joe Biden nampaknya masih paranoid atau sekadar berhati-hati dengan pengaruh TikTok dalam negaranya apabila mengharamkan platform itu pada peranti milik kerajaan.

Kini beberapa negeri Amerika Syarikat (AS) termasuk Texas, South Carolina, Maryland dan South Dakota mengharamkan TikTok dari digunakan atau dimuat naik pada peranti smartphone, tablet atau komputer peribadi milik kerajaan.

Ia dibuat atas faktor kebimbangan mengenai kemungkinan platform itu mengumpul data penggunanya dan dihantar ke kerajaan China di bawah pegangan Xi Jinping.

Sebelum ini muncul kebimbangan di AS dan pegawai kerajaan mengenai polisi pengumpulan data TikTok dan hubungan syarikat pemiliknya, ByteDance Ltd dengan kerajaan China.

Khuatiri data pengguna AS dihantar ke komunis China, Gabenor Greg Abbott dari Texas mengharamkan terus platform itu dalam kalangan pegawai kerajaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa TikTok sebenarnya merupakan alat pengumpulan data kerajaan China bertujuan untuk perolehi maklumat peribadi pengguna AS.

Turut bernada sama adalah Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen dan ketua FBI, Chris Wray yang sering menyuarakan kebimbangan keselamatan negara berkenaan platform TikTok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat