Di Korea Selatan, Anda Dapat Menggunakan Matawang Crypto Bagi Menikmati Lebih 50,000 Tempat Penginapan

817

Sebuah website pelancongan Korea Selatan yang mengandungi lebih 50,000 hotel dan perkhidmatan penginapan lain akan mula menerima sistem pambayaran matawang crypto dengan hasil kerjasama dengan Bithumb. Website tersebut akan menerima 12 jenis matawang crypto.

Pada hari Selasa, salah satu syarikat terbesar pertukaran matawang crypto Korea Selatan, Bithum telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat yang berasal dari Seoul iaitu With Innovation Corp. Melalui kerjasama yang dijalankan, pelanggan dapat menikmati perkhidmatan lebih 50,000 penginapan termasuk hotel, motel, van camper, makan pagi dan tempat tidur dengan menggunakan matawang crypto.

Menurut Hankyoreh, pelanggan boleh menggunakan matawang crypto yang dipegang dalam akaun Bithumb apabila ingin menempah hotel, resort atau motel. Terdapat lebih 50,000 properti yang berdaftar.

Untuk pengetahuan, Bithumb merupakan syarikat pertukaran matawang crypto nombor 5 terbesar dalam dunia dan nombor 2 terbesar di Korea Selatan.

Berdasarkan kenyataan Bithumb, 12 matawang crypto yang boleh digunakan sebagai pembayaran ialah bitcoin, bitcoin cash, ripple, ether, ethereum classic, EOS, qtum, monero, litecoin, zcash, bitcoin gold, dan dash.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat