Dialog Antara Rusia & Ukraine Beri Sinar Kepada Pasaran Saham

431

Pasaran saham Asia bertambah baik sementara pasaran minyak menyusut dengan harapan bahawa dialog keamanan antara Rusia dan Ukraine akan berjalan lancar sementara pasaran bon sedang bersedia untuk kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Ekoran itu, niaga hadapan S&P 500 tambah 0.7% dan niaga hadapan Nasdaq Composite naik 0.6%.

Nikkei Jepun canak 1.1% sementara indeks MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun lonjak 0.1%.

Sementara itu, pasaran bon yang di bawah tekanan ekoran lonjakan harga komoditi pada minggu lalu, dilihat sedang bersedia menghadapi ledakan inflasi pula dengan hasil perbendaharaan 10 tahun naik 3 mata asas pada 2.03% semasa pagi Isnin.

Dalam pada itu, ukuran utama inflasi AS menjangkakan kenaikan sebanyak 3%, menghampiri paras tertinggi dan Federal Reserve (Fed) menjangkakan kenaikan kadar pada 25 mata asas.

Menurut Kevin Cummins, ketua ekonomi NatWest Markets, Fed dijangka membuatkan kenaikan sebanyak 4 atau 5 kali pada 2022 ekoran kadar pertumbuhan inflasi yang pantas sejak dialog FOMC pada Januari lalu.

Selain itu, Bank of England (BOE) dijangka membuatkan kenaikan sebanyak 0.75% pada Khamis dan memberi isyarat kenaikan lebih agresif sebanyak 2% menjelang akhir tahun.

Di pasaran mata wang, Euro didagangakan pada $1.0927, paras tertinggi 22 bulan sebanyak $1.0804 sementara dolar capai paras kemuncak baru dalam 5 tahun berbanding Yen pada 117.55.

Menurut senior strategi FX NAB, Rodrigo Catril menyatakan bahawa Yen gagal mempamerkan ciri safe-havennya ekoran kenaikan tinggi dalam hasil AS dan lengkungan pada hasil Bank of Japan (BOJ) dalam mengawal polisi.

Sementara itu, safe-haven emas susut dari paras tertinggi minggu lepas sebanyak 0.6% pada $1,972 per auns.

Minyak juga dalam penurunan ekoran dialog keamanan antara Rusia dan Ukraine dengan minyak Brent didagangkan rendah $1.69 pada $110.98 dan minyak mentah AS jatuh $2.11 pada $107.22.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat